Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,572
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 5

“CIH.”

Syafik mencemik, membuang pandang ke luar rumah. Malam yang gelap harap boleh gelap lagi supaya dia boleh merenung pada sesuatu yang kosong tanpa fokus. Kegelapan itu kadang-kadang menenangkan walaupun palsu. Nafas ditarik sedalamnya, menenangkan hati yang dari tadi bergelojak dek amarah. Tenang la Syafik… tenang… ingat Allah… bawak mengucap…

Huh…

Terasa bayang memuncul di ekor mata. Dia menjeling tanpa menggerakkan kepala. Tau itu Elisa bila perasan rambut panjang yang jatuh kerana graviti. Gadis itu sekejap sahaja menjengulkan kepalanya sebentar cuma sebelum menghilang ke dalam rumah. Syafik mengangkat sebelah keningnya. Kenapa?

Tak lama, Saiful pula muncul, tersenyum. Syafik menoleh.

“Nawal yang bagitau kau yang abang ada kat luar?”

“Yeah…” Senyum nipis. Duduk dilabuhkan di sebelah abangnya di buaian itu menyebabkan buaian bergerak sedikit ke belakang. “Naper tak masuk dalam?”

“Naper nak abang masuk dalam?”

“Makan la. Nawal yang masak, kut…”

“Malam karang masih boleh makan, kan?”

Senyum. “Naper layan ayah macam stranger?” Pada gelap malam dia bertanya. Tingkah Syafik sepanjang hari ini ditegur. Bukan main lagi abangnya berusaha untuk melarikan diri dari lelaki barat itu. Bagi Saiful, tingkah itu biadab. Bila ditegur, tidak menjawab. Bila ditegur, dibalas kasar. Bila ditegur, dijerkah dengan suara tinggi. “Ibu tak ajar abang jadi anak derhaka… we finally reunite, kenapa abang buat perangai…”

“Naper dengan mudahnya kau terima ayah yang gagal tu?” Selamba memotong tanpa nada. Toneless. Saiful menoleh dibuatnya sementara Syafik menjeling rendah, “He killed mom.” Perlahan namun nada itu deraman bersama dendam.

Dua mat saleh celup berpandangan. Antara pandangan tajam dan renungan redup. Saiful menahan nafas. Isu perbualan dirasakan terlalu berat, lantas ditukar topiknya. “Eli dapat keputusan yang cemerlang dalam final exam dia,” tuturnya bersama senyum yang dibuat-buat.

“Hmm… how much kecemerlangannya?” Si abang itu mengikut saja rentak adiknya. Kepala dipaling kembali ke pintu pagar di hadapan sana.

“7A’s.”

“2B’s? Both BM and BI, kan?”

“Ha’ah. Mana tau?”

She’s using bahasa rojak too much. Nampak aje.”

Saiful tergelak. “Riko is hitting on Eli, tau?”

Syafik menoleh. “Riko…?” Lupa-lupa ingat. “The spiky guy who always shows up with his green Saga?”

Si adik lelaki menguntum senyum nipis. “Yeshim. Tapi apparently Eli does not give a damn. Tapi tengok la nanti.”

“Ooooh…” Nakal pula sengihnya terukir kini. “Nak abang buat apa kali ni supaya puteri hati kau tu tak pandang Riko the whoever tu terus?”

Puteri hati?. “Haha. Takyah buat apa-apa la… kalau dia nak, kenapa kita nak halang pula…”

Just to make sure. He’s a straight, kan?” Saiful dijeling.

I suppose.” Bahu dijungkit.

Kening terjungkit sebelah. “Okey…. Riko, huh? Nama fancy habis.”

“Biasa la tu. Nama sebenar dia… Khairul… if I’m not mistaken.”

“Whoa. Tu sungguh-sungguh lain tu. Kau taknak tukar nama jugak ke?”

“Hahah!” Tergelak pula dia. “Rightmaybe ni la masanya Saif nak guna nama tengah Saif tu,” ujarnya dengan sengih. Senyum di bibir Syafik perlahan-lahan memudar sambil matanya menjeling. Saiful pula masih tersenyum. “Dour. Saif hampir lupa nama tu ada kat dalam I.C.”

“Kau memang patut lupa. Abang nak padamkan nama keturunan celaka tu dalam I.C. abang nanti.” Nada itu kedengaran dingin dan keras. Saiful menoleh. Syafik yang menunduk pada lantai meneruskan kata, “Mata biru ni pun rasanya nak dibedah buang dan tukar ngan iris hitam sama macam orang melayu yang lain.” Sinis dan sarkastik.

Pemuda berambut pendek itu terdiam seketika. Terusik hatinya. Naik haru. “Bedah buang sekali la tulang sumsum abang yang bagi darah yang sama jenis ngan darah ayah.” Hampir marah.

Syafik menjeling, sejuk dan gelap macam dasar lautan yang paling dalam. “I’ll do that.”

Nafas ditarik dalam sebelum dihembus pendek. “Abang… get real la.”

I am realistic.” Dia bersandar.

“Dia masih ayah kita… kenapa nak tolak? Dia ada sebab dia tinggalkan kita, bang. Alasan yang abang degil taknak dengar…”

“Alasan yang sangatlah konkrit sampai tak dapat nak balik walau sehari nak jenguk mak?” Pandangan Saiful ditentang tajam. “That alasan boleh disimpan bawa bersama kat kuburnya nanti dan abang tak ingin nak tau!”

Saiful mendengus. Marah. “Abang ni degil tak bertempat!!” jeritnya keras dan lekas bangun. Hampir terjatuh Syafik dek impak buaian itu ke belakang. Saiful yang melarikan diri ke rumah sempat dikerling. Amarah si adik mampu dirasai, lalu raga yang meribut dengan api cuba ditenangkan walau seminit. Nafas dihembus perlahan-perlahan melalui hidung. Sabar la Syafik… bawak bersabar.

“Hei Saif…” Kening kiri digaru. Kaki membawa diri, menapak masuk ke dalam rumah teres satu tingkat itu. Terhenti langkahnya di sisi pintu, melihat si adik di sofa sambil meraup rambut pendeknya manakala Elisa pula duduk di sebelah adik lelakinya itu dengan riak sayu dan kasihan. Tangan Elisa elok terletak di paha kanan si adik, berniat memujuk hati lelaki yang kacau dan galau itu. Pandangan Syafik meredup, lalu dia kembali berkalih. Pintu pagar ditolak, dan dia melangkah ke jalan. Menghilang ke dalam gelap malam.


“AYAH balik ni pun tak lama…”

Terloncat bahunya dek terkejut. Tiba-tiba je suara itu bergema tengah-tengah pagi yang sejuk dan sunyi ini. Dia menoleh ke belakang, memandang ayah si mata biru itu berdiri di belakangnya. Entah sejak zaman bila dia sudah ada di situ. Lampu pendaflour yang terpasang membenarkan anak beranak itu merenung sesama sendiri di dalam ruang dapur yang kecil. Syafik mendengus, kembali menghangatkan susu. Lapar. Lauk pun dah dipanaskan dah dah disediakan di atas meja makan. Tinggal duduk dan makan.

Ian merenung belakang tubuh anaknya. “Egann…”

“Apa?” jawabnya menggumam, hampir tidak kedengaran.

“Ayah nak balik esok pagi.”

“Ada.”

“Ada apa?”

“Ada ku kisah?”

Terhembus nafasnya. “Mungkin kau akan kisah…” balas Ian tenang dan perlahan, duduk di meja makan itu. Jam dah menunjukkan pukul tiga pagi dan barulah anaknya ini memunculkan diri untuk makan. Lapar sangat la tu selepas menahan diri dari makan bersama-sama dengannya semasa kenduri tadi. “Ayah nak bawa Dour sekali,” lanjut Ian perlahan.

Tangan yang mengacau susu terhenti. “Bawa Dour… bawa Saif?” soalnya, menjeling. Kurang tangkap dengan penggunaan nama yang sangat jarang diguna pakai itu. Nama yang tidak dinafikan menyakitkan hatinya bila dijadikan bahasa panggilan mereka sekarang. “Nak bawa ke mana?” soalnya dengan nada yang mula mengeras.

“Rumah ayah di sana.”

Riak Syafik menegang terus. “Shit!” Sudu yang mengacau susu dihentam pada periuk yang menggelegak. Berdenting bunyinya. Mujur je susu tak tumpah bila periuk teralih sedikit. Enggan berlaku apa-apa kejadian di pagi hari ni dan dia pun tengah lapar dan mungkin akan mengamuk dengan senang, maka Syafik menutup gas dapur. Peti sejuk dibuka. Susu HL segar ditarik dan diteguk masuk ke dalam mulut terus dari kotak, nak meraih ketenangan dan kesabaran. Tambahkan kalsium dalam tubuh.

Ian di belakang masih merenung dengan riak beku. “Ayah balik ni pun atas alasan itu, cuma tak pasti nak bawa antara kau atau Dour balik… tapi nampaknya dia lebih percayakan ayah…”

Susu terpisah dari mulut dan Syafik mengelap bibirnya. “Don’t make me come closer and punch you for good, shitty dad…” ujarnya menderam. Serius dan tidak main-main. Ian terdiam. Remaja lelaki panas baran itu lalu mendekat dengan kotak susu di tangan. “First, kau hilang dan tak pernah balik walau sekali masa mak masih hidup and she waits for you like there’s no tomorrow. And second, bila kau datang balik je, kau nak bawak keluar Saiful dari hidup aku?! Does your selfishness bottomless, Ian?”

Ian mengangguk. “I won’t ask the same to you, Egann. Ayah tahu ayah bersalah, dan walaupun ayah nak minta benda yang sama pada kau… ayah tahu kau takkan mahu.”

And why on hell do you think I would agree with that?!!” Melenting dia, menghentak kotak susu itu ke meja. Berkocak kuat susunya hingga tertumpah keluar dari mulut kotak. “Aku tak benarkan kau bawak Saif balik!”

Ian merenung wajah merah padam itu dalam suram cahaya lampu. Syafik pula meraup wajah, menahan sabar. “He has his life here if you come back here just to bring him out from everything he knowI’ll be completely hating you, Ian…” Nada suara diperlahankan. Mungkin sudah penat meletup dek marah, dan enggan terus melenting sekaligus memecahkan sunyi di pagi hari ini lagi. Sedar jiran-jiran nak tidur… dan begitu juga dengan ahli rumah ini di bilik masing-masing….

“Ayah belum bertanya pada dia lagi, Egann.” Ian tersenyum. Syafik menjeling. “Tapi nampaknya dia yang lebih senang untuk dibawa berbincang dan dibawa balik sebentar ke D.C. Dia terang-terang lebih matang berbanding kau. At least dari segi emosi.”

Syafik menumbuk meja sambil mendekatkan mukanya. “Aku tak benarkan dia pergi.”

“Dia anak yang taat.”

You won’t bring him back with you, you hear meIan Seymour?!!” Melangit lagi suaranya tanpa gagal. Darah merah dah lama memanaskan mukanya hingga ke telinga. Nampak macam udang bakar sudah. Syafik perlu bertenang. Dia perlu belajar bertenang. Ian pula mengangguk.

“Ayah tak paksa…” Si ayah bangun berdiri. “It’s either you or him, but if you’re willing to compromise and consent, things will go easier and smoother.” Dia menjeling. “And I’m sorry for your mother.

Syafik mencemik, lalu mendengus. Wajah dipalingkan ke kiri bersama dengusan buat kali kedua. Sesaat dua, hati tak tertahan dengan amarah yang meruap-ruap ke kepala, lalu kotak susu HL dibawa ke mulut. Diteguk habis sekali nafas. Kotak yang kosong dibaling sekuat hati ke dinding sebelum dia melangkah laju ke bilik. Lebih baik tidur!


“ABANG! Ayah dah nak balik… abang!” Saiful mengetuk pintu bilik itu, namun tiada balasan dari berkenaan. Lelaki 16 tahun itu mengerut dahi, mengetuk lagi. “Abang…! Takkan masih tidur kut?”

Ian dan Puan Diyana berbual pendek di luar sebelum lelaki barat itu bergerak ke lapangan terbang untuk berlepas ke Amerika Syarikat sana. Elisa menapak keluar dari bilik tidur yang dkongsi dengan adiknya. Saiful yang masih mengetuk-ngetuk pintu bilik si abang didekati.

“Abang… tak nak hantar ayah balik ke?” soalnya, mengetuk lagi.

Masih tiada balasan.

“Lepas ni ayah mungkin tak balik sini lagi kut. Takkan taknak jenguk walau kejap. Salam ayah la bang…”

Masih.

Saiful mengeluh. Degil benar si Syafik itu… Elisa di sebelahnya dipandang, lalu kepala digelengkan bersama riak kesal. Gadis itu naik kasihan. Pintu bilik Syafik direnung dengan hati panas.

“Pedulikan je la abang kau tu Saif. Buat sakit hati je.”

Si pemuda senyap. Kaki melangkah ke luar rumah untuk mendapatkan ayahnya. Ian menoleh pada si anak bersama senyum.

“Maaf. Abang tidur mati.”

“Takpa. Ayah faham.” Pandangan dihala ke dalam rumah. “Malam tadi dia tidak tidur.”

Puan Diyana dan Elisa berpandangan manakala Saiful tidak beriak, enggan berkata apa. No komen bak kata artis yang biasanya dikehendaki memberi kenyataan yang kurang digemari. Mata biru ayahnya kembali kepadanya kemudian. “Nak ikut ayah balik ke D.C.?”

Terpejam kelip Saiful bila mendengar soalan berupa permintaan itu.

Matahari dah tegak di atas langit, barulah Syafik terbangun dari tidurnya. Sah tidur mati, lagi-lagi dengan headphone yang menghanyutkan pendengar dengan lullaby di sebelah kepala. Matanya dikesat-kesat, membuang kantuk yang bersisa. Kepala juga terasa pening sedikit dek tidur yang tidak sihat itu. Rambut lurus panjang yang mencecah bahu itu diraup ke belakang. Rimas sedikit dan terasa juga panas di tengah hari ini. Langsir biliknya diselak sedikit, melihat sinar matahari yang terik membahang jalan.

Dah tengah hari? Jadi Ian dah terbang ke D.C.?

Dengan boxer dan sleeveless yang bersarung di tubuh sasa mudanya, dia keluar dari bilik dan bergerak ke tandas di ruang dapur. Terserempak dengan keluarga kecil itu yang sedang duduk di ruang tamu bila melintas ke situ. Membeku dia, terperanjat. Tak hantar si celaka tu balik? Ke dah patah balik?

Puan Diyana tersenyum saja padanya. Awani si budak 11 tahun pula memandang tanpa riak manakala Elisa membuang pandang ke lain. Syafik mengerlipkan mata sekali dua sebelum niat ke tandas diteruskan. Hampir dia terlanggar Saiful yang keluar dari dapur dengan buah potong.

“Abang baru bangun?”

“Hm.”

“Ayah dah balik,” lapornya.

“Ah… oh…” Teringat pertelingkahan mereka awal pagi tadi. Dia mendesis, membuang pandang ke lain. “Diddid he say anything to you?”

Like what?”

I don’t know. Like where he was going?”

Kepala digeleng. “He said nothing.”

Dan mendengus dia. “Damn that bastard disappear after saying all that, I’m seriously going to punch him.”

Saiful meleret bibir nipis manakala Elisa menoleh deras. Dia pula yang geram dengan sikap Syafik itu. Terlalu berlagak dan ego melampau!! Puan Diyana pula menjeling bersama hembusan nafas kesal.

Si abang merenung adiknya kembali. “Kau pulak memang tak ke mana-mana, kan?”

Saiful yang baru nak melangkah ke sofa, menoleh. “Abang nak Saif ke mana-mana ke?”

“Tak…” Paha digaru. “Well… erm… justrandomand I thoughtmaybemaybeI don’t knowamoeba… sayur…”

Si adik itu tersenyum. Faham apa yang bermain di fikiran lelaki berambut panjang itu. “Saif tak ikut ayah balik. Saif kena jaga abang la…”

Mata yang melarikan diri 360 darjah kembali fokus pada pandangan redup adiknya. Syafik menghela nafas perlahan dan tersenyum nipis. Sah-sah lega. Dia berkalih, menghilang ke tandas, manakala Saiful pula kembali pada keluarga itu yang mencuri dengar dari tadi.

“Kau naper Li? Muka tegang je?”

Tak menjawab.
Previous: Egann 4
Next: Egann 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.